Thursday 17 November 2011

Bingkisan Hati


Kadang-kadang,
Bila aku menolak,
Bila aku menjauh,
Bila aku mengelak,

Bukan sebab aku membenci kalian…
Bukan kerana kalian seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kalian  seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana aku tahu,
Dan kerana aku sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun aku punya rasa yang sama.

p/s : khas buat mereka2 yang pernah hadir dalam hidup ini. Mengertilah sombongku demi menjaga cinta suciku yang hanya untuk jodohku yang telah Allah tetapkan buat diriku.  Aku tinggalkan kalian demi menjaga hatiku dan hati kalian semua yang terlalu rapuh dan takkan mampu menahan ujian hati dan perasaan ini sehingga akhirnya menimbulkan titik2 hitam dalam diri. Biarlah aku dibenci  asalkan harga diri ini masih terpelihara.  Syukur kepada Allah di atas kurniaan taufiq dan hidayah ini kepadaku.  aku tak baik dan aku juga tak sempurna namun aku akan cuba menjadikan diri ini lebih baik dan menyempurnakan segala kelemahan diri ini. insyaAllah.


Duhai HATI,
dengarlah pesan tuanmu ini:Usah terperdaya dengan BISIKAN syaitan. Tetapi,tetaplah dikau yakin dengan janjiNya..InsyaAllah,Amin Ya Rabb..


Renung2kanlah kata2 ini..

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. "

" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? "

" Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.
"

3 comments:

  1. Dlm hidup kita amat memerlukan untuk ditarbiah hati kita yg semakin hanyut dgn duniawi dek tenggelam dlm suasana yg x membina..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komennya. ^_^

    ReplyDelete
  3. memang indah kalau kita berserah diri padaNya..
    sesungguhnya wanita yang baik adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..

    ReplyDelete