Monday 14 November 2011

Tapi Awakk...

Awak, dulu awak juga tidak bertudung,
Tidak menutup aurat,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, perlu ke awak nasihatkan saya dengan makian dan perlian?
Awak cakap, "Eh, nak pakai tudung pun susah ke?!"
"Nak bagi jantan mana tengok rambut kau ni?"

Awak, awak tahu tak apa respon saya pada "nasihat" awak yang begitu?
Langsung tak terkesan di hati saya, Malah..
Saya cakap " Whatever! Ala, kau dulu pun sama!"
Awak, dulu awak pegang tangan dengan boyfriend awak, siap belai-belai tangan lagi,
Sama juga seperti saya,
Tapi awak, saya nampak awak tulis di status FB awak,
"Hey, dah-dah la buat maksiat, Islam sangat la? Allah benci la dengan orang spesies kau!"
Sekali lagi saya cakap, "WHATEVER!"
Awak, dulu awak pun tak solat lima waktu penuh,
Sama juga seperti saya,
Haritu awak pergi surau, tapi saya tak ikut,
Sebab niat saya nak pergi ke surau lain,
Tapi awak, awak tegur saya mcm ni,
"Kau nak pergi mana? Dah tak dengar ke Azan? Agak-agak lama lagi ke kau hidup hah?!"
Awak tahu tak, haritu saya terus tak jadi nak solat,
Saya jadi makin "menyampah" dengan awak..
Awak-awak semua, saya tahu saya terlalu banyak berbuat khilaf,
Saya tak tutup aurat, saya tak sempurnakan solat, saya terlibat dengan maksiat,
Tapi awak, apa beza awak yang dulu dengan saya yang sekarang?
Puas saya memikirkan jawapan, tapi saya tak temui..
Saya bukan tak nak dengar nasihat awak.. malah,
Saya bangga ada kawan macam awak, yang sudah berubah ke arah kebaikan..
Saya pun teringin untuk berubah,
Tapi awak, nasihat awak, buat saya rasa
TAKUT dan MENYAMPAH untuk berubah,
Saya takut bila saya sudah berubah, saya jadi riak dan menghina orang lain,
Saya takut bila saya riak, mereka pula rasa apa yang saya rasai sekarang,
Awak, saya nak hadiahkan awak sepotong ayat al-Quran yang saya jumpa tadi,
Bunyinya begini awak..
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal- Surah al-Baqarah Ayat 44."
Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya secara berhikmah?
Saya nak hadiahkan lagi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi begini,
"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." - Surah Thaha ayat 44."
Awak, saya pun teringin untuk berubah,
Tapi boleh tak kalau awak nasihatkan saya di tempat yang tertutup?
Awak, janganlah herdik saya depan orang ramai lagi,
Saya malu awak jerit-jerit pada saya,
Sebab dalam hadith ke-7 daripada kitab 40 susunan Imam Nawawi Rasulullah S.A.W bersadba,
"Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati."
Awak, saya memang nak berubah,
Tapi masih banyak yang saya perlu pelajari daripada orang-orang seperti awak,
Cuma, saya mengharapkan nasihat yang penuh kasih sayang daripada awak kelak,
Saya tahu awak mungkin tidak akan peduli jika saya sekadar cakap dan pergi,
Alhamdulillah, sebab itu lah saya sertakan hadis, dalil dan sebagainya khas untuk awak..
Awak, janganlah pula awak terasa hati,
Kerana saya manusia, awak pun manusia juga bukan?
Menegur ke arah kebaikan itu memang wajib, cuma contohilah Rasulullah dalam berdakwah,
Sebab, kalau awak terus dengan cara begini,
Saya takut lagi ramai yang pandang serong terhadap ajaran Islam nanti..
Awak, sampai sini sahajalah luahan hati saya,
Saya sayang awak, harap awak jangan marah saya pula,
Kita sama-sama hamba Allah, banyak berbuat salah, dan..
Saya tahu saya bukan sesiapa,
Hanya insan lemah yang berharap untuk berubah..
Sekian, daripada saya kepada awak :)
P/S: Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak bersedia untuk dinasihati.
sumber : diambil daripada artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment