Sunday 25 September 2011

Menjelangnya STPM~

Assalamualaikum w.b.t


Tinggal menghitung hari tibanya detik perjuangan ku yang terakhir dalam menghadapi sebuah peperiksaan penting dalam kamus hidupku..
Antara Realiti dan Fantasi dalam menggapai impian..
Saat ini tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri ini sendiri dan pertolongan ILLAHI..
Usaha + Doa + Tawakkal = InsyaAllah pasti ada jalannya..

Wahai teman seperjuangan ku sekalian, teruskan langkah ini walaupun perit terpaksa ditempuhi.. tabahkan diri..
kuatkan hati..
STPM  akan tiba tidak lama lagi..
Usah membilang hari kerana ia pasti tiba jua walau tidak dijemput..
 teman-temanku, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa ini agar Allah memberi pertolongannya kepada kita dalam mendapat pencapaian peperiksaan yang terbaik..

" Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami) "

 "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berikanlah pertolonganMu kepada kami agar kami dapat mencapai keputusan peperiksaan yang terbaik di dalam STPM ini. Ya Allah Permudahkanlah segala urusan kami  dan berikanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi peperiksaan ini.."


"Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu lembutkanlah hati pemeriksa-pemeriksa kertas jawapan kami agar memberikan markah yang baik dan cemerlang kepada kami..
Sesungguhnya hanya Engkau sebaik-baik tempat kami meminta dan sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang.."
Amin Ya Robbal Alamin..


Buat guru-guruku yang tersayang sekalian khususnya, Pn Suraini, Pn Syarifah, Pn Nik Ruswati, Pn Normazidah, En Ng Khim Hooi serta guru-guru yang lain yang telah banyak berkorban dalam mendidik kami tanpa rasa jemu dan letih..
Halalkanlah segala ilmu yang telah dicurahkan dan Maafkanlah segala khilaf diri ini. agar tidak menjadi hijab untuk menggapai kejayaan yang diimpikan... 
Titipkanlah doa buat kami semua agar dapat membakar semangat kami untuk teruskan perjuangan ini..
Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.. 

Di sini saya sertakan link website yang sedikit sebanyak dapat  membantu pelajar yang bakal menduduki STPM :

Klik di SINI untuk mendapatkan soalan-soalan trial negeri-negeri lain..
dan klik di SINI untuk mendpat banyak maklumat tambahan subjek Pengajian Am..
semoga ianya dapat membantu..
InsyaAllah~







2 comments: