Tuesday, 4 October 2011

Layan Perasaan jap~ (",)


Sedang aku duduk termenung di tepi tingkap kelas, tiba-tiba aku terpandang gelagat beberapa orang pelajar lelaki di blok bangunan Aliran Perdana (tingkatan 1-5)..

Hati aku terhibur melihat gelagat mereka.. macam-macam gelagat dan tingkah laku mereka yang mencuit hati aku..

Aku tersenyum sendiri.. ingatanku kembali beralih kepada zaman persekolahanku sepanjang aku di tingkatan 1 hingga 5..

Satu persatu kenangan bermain di ingatan.. Banyak kenangan dan pengalaman yang tak mungkin dilupakan.. Alangkah indahnya saat itu.. 

Hidup bebas.. happy..  tak ada tekanan..
Yang paling penting tak perlu susah-susah fikir  tentang masa depan..

Apabila melangkah ke alam dewasa, banyak rintangan yang perlu ditempuhi.. Tekanan semakin menghimpit jiwa..

Belajar demi masa depan bukan lagi mencari keseronokan..

 Terasa ingin saja diulangi waktu itu agar tidak terus berputar..
Satu persatu wajah teman-teman dan guru-guruku muncul di fikiranku..
terasa dekat sekali dihati ini..
kerinduan mula memuncak..

“ hah, sara termenung jauh nampak ! “

Teguran seorang rakanku menghentikan lamunanku.. aku segera mengalihkan pandanganku ke arahnya dan tersenyum malu..

Kini aku kembali berada di alam realiti.. Alam yang penuh dengan cabaran.. senyum dan tempuhinya dengan tenang..

 Sememangnya hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan ~

1 comment:

  1. bersabar dan semoga tabah sayangku

    ReplyDelete