Friday 11 November 2011

~✿> Filem yg ditunggu2 Bulan ini....

‎~✿> Filem yg ditunggu2 Bulan ini....

Filem : STPM 2011
Genre : SERAM
Tarikh tayangan : 21 N0VEMBER 2011
Penerbit filem : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tiket : FREE ( TINGKATAN 6 sahaja )
Arahan : PENGAWAS PEPERIKSAAN
Tempat tayangan : SELURUH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR MALAYSIA

> Belajar itu tadbir,
> Usaha itu tadbir,
> Tuisyen itu tadbir,
> Latihan tubi itu tadbir,
> Berjaga malam mengadap buku itu pun tadbir,
~> Dan semua ini akan mempengaruhi takdir kita...


~✿> Baik, Kita berjalan berbekalkan dua biji mata celik, tapi itu tidak bermakna kita selamat, kecuali kita ada hati-hati, berhati-hati melihat ke depan, kiri kanan ini adalah tadbir, bimbang ada lubang menghalang, pasti terseliuh kaki, natijah dari hati-hati tadi ada takdir kita..

✿~ Usaha dahulu, rasa susah jerih dulu, barulah berserah. Jangan pula salahkan takdir, andai diri pincang mentadbir.

Allah Taala berfirman :
Bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan” (ash-sharh : 94: 5-6)

~♥> Moga kejayaan mengiringi perjalanan ini. Redhalah dipenghujung ikhtiar.

.:|:. Selamat Menduduki STPM .:|:. (✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment