Thursday 25 August 2011

COretaN hAtiKu....

  buat sahabatku yang pernah melukai hati ini... KLIK DI SINI



duhai sahabatku.. Cuma satu ku pinta.. ku pinta darimu sahabatku, hentikanlah prasangka burukmu terhadap diri ini.. bukan dirimu yang menjadi penilai hidup dan matiku tetapi ALLAH AZ ZA WAJALA yang menjadi  penilai setiap perbuatan yang kita lakukan.. cukuplah pandangan ALLAH yang kita utamakan bukan pandangan manusia... https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/12557_515263715160681_1731943703_n.jpg
diri ini memaafkan segalanya yang berlaku meskipun teramat sukar untuk melupakan semuanya.. meskipun tiada kata maaf dari bibir kalian, kemaafan tetap ku hulurkan..  senyum dan terus tersenyum .. walau berjuta titisan air mataku membasahi pipi ini namun tidak akan sesekali aku menuntutnya mahupun membalasnya kerana bagiku cukuplah ALLAH penolong buatku... ku serahkan hati yang terluka ini kepadaNYA agar luka itu bisa pulih kembali... 


aku ingin kalian tahu, aku bertudung labuh bukan kerana alimnya diri ini.. bukan kerana kuatnya agama yang ada padaku.. bukan jua kerana aku ingin menjadi seorang manusia yang munafiq mahupun hipokrit !... bukan ! tetapi kerana aku sedar aku adalah insan yang penuh dosa dan sangat kerdil di sisi ILLAHI... aku ingin memperbaiki diriku yang sangat kerdil ini ke arah jalanNYA bukan ke arah kemurkaanNYA... 

ku akui, Kadangkala diri ini seringkali melakukan salah dan silap namun mengapa hanya kerana kesalahan yang dilakukan seringkali tudung mahupun pakaianku yang dipertikaikan...??  hentikanlah semuanya... aku hanyalah insan biasa... sama seperti kamu semua... pada hakikatnya kita sama sahaja... ingatlah.. hanya iman dan takwa yang membezakan kita di sisi ALLAH... bermuhasabahlah diri kita kembali... pohonlah rahmat dan kasih sayang dari-NYA.. kerana tanpa kasih sayangNYA, maka suramlah kehidupan kita...

ku doakan semoga ikatan silaturahim yang pernah terjalin antara kita  suatu tika dahulu tidak akan pernah terputus di sini.. semoga ALLAH kekalkan kemesraan dan kebahagian  yang pernah tercipta suatu tika dulu hingga akhir hayat ini.. 

kenapa diri ini masih tetap meneruskan ikatan persahabatn ini walaupun hati ini telah banyak terluka dan dilukai, jawapanku kerana setiap perkenalan yang tercipta tidak akan ada penghujungnya buatku kecuali maut yang menjadi noktahnya... walau jauh beribu batu terpisah sekalipun, cukuplah doa yang menjadi penghubungnya...
walau hati ini telah dirobek sekalipun, walau diri ini masih bernyawa, diri ini akan tetap bersama kalian... kemaafan sentiasa ku hulurkan... :)

salam ramadhan buat semua... maafkan kekhilafan diri ini...

(..MEMORI 2013 SELAMANYA TETAP TERPAHAT DI HATI WALAU PAHIT ITULAH YANG MENDEWASAKAN DIRI INI MENEMPUHI KEHIDUPAN YANG MENDATANG... SENDIRIAN TIDAK BERMAKNA KU KESEORANGAN TETAPI CUKUPLAH JADIKAN ALLAH SEBAGAI PENEMAN )


Bersabarlah di atas kerenah pergaulan dengan manusia kerana ia adalah tuntutan agama. Kita tidak hidup dalam masyarakat malaikat , yang tidak alpa dan tidak berdosa. Tarik nafas dalam-dalam dan helakannya panjang-panjang. Cubalah bermuhasabah dengan diri sendiri penuh berani dan jujur. Acapkali, kita dikhianati kerana pernah mengkhianati. Atau kita berdiam diri apabila orang lain dikhianati dan dizalimi. Padahal, membela dan bersuara atas kebenaran itu satu tuntutan. Jangan dayus, penakut dan pengampu... itu umpama syaitan bisu.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini, kita terpaksa menghadapi perkara yang tidak kita inginkan. Kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku agar sentiasa sesuai  dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru, selalu berlaku perkara-perkara yang kita sendiri tidak inginkan berlaku. Lantas kita akan mengalami ketakutan, takut sakit, takut gagal, takut dicerca orang dan sebagainya. Sedarlah.. Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini.
Itu semua adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya,bagaimana kita dapat menangani semua itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Salah satu caranya ialah dengan membesarkan cita-cita. Ya, cita-cita yang besar akan mengecilkan kritik, pengkhianatan dan sabotaj oleh musuh dalam selimut!
Bayangkan dalam perang Khandak yang hebat itu. Musuh, tentera-tentera Ahzab mengepung di luar kota Madinah, manakala Yahudi menikam dari dalam kota Madinah. Ditambah oleh tipu daya licik para munafik. Bekalan makanan pun kekurangan. Bagaimana Rasulullah menghadapinya?
Ya, dengan menanamkan satu berita dan cita-cita besar , Rom dan Parsi , dua kuasa besar dunia ketika itu akan tersembam di telapak kaki umat Islam. Jika difikirkan mana logiknya? Sedangkan tentera gabungan puak Quraisy dan pengkhianatan pihak Yahudi sedang mencengkam pada saat yang sangat kritikal itu. Namun itulah Rasulullah... penderitaan dunia yang  sedang dihadapi diperkecilkannya dengan janji syurga, ancaman musuh di peringkat'local'  dipermudahkannya dengan kejatuhan musuh besar di peringkat internasional.
Jangan trauma dengan pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhinatan masa akan datang. Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu 'meremehkan' semua itu. Dengan cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari belakang... kerana dia hakikatnya  lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan..
Tidak ada orang yang mahu menendang anjing yang telah mati. Maka begitulah kita, selagi ada tenaga, upaya dan keinginan yang menyala-nyala maka akan sentiasa ada 'musuh' dalam selimut  yang ingin mengacau kita. Kritik yang tidak adil adalah pujian yang tidak rasmi. Tikaman dari belakang petanda kita gagah dan digeruni untuk dihadapi secara berdepan.
Yang penting, bermusabah diri. Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan... pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri..
Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri..

No comments:

Post a Comment